Bukan “ehm-bu-lans”, “ ehm-bu-l ens”, “am-biu-lans”
Ambulans tiba di tempat kemalangan itu dalam masa kurang sepuluh minit.
Bukan “pa-sa”
Ibu ke pasar untuk memberi sayur-sayuran dan ikan.
Bukan “Orh-dit”
Dia bekerja di salah sebuah syarikat audit besar di Singapura.
Bukan “saudare”
Kami lazim mengunjungi rumah saudara-mara yang terdekat pada Hari Raya pertama.
Bukan “bah-ng” atau “beh-nk”
Dia telah ke bank untuk menyimpan sebahagian wang gajinya.
Bukan “Ai-dia” atau “i-dier”
Dia mempunyai pelbagai idea yang menarik untuk projeknya itu.
Bukan “i-ko-no-mi” atau “EH-ko-no-mi” atau “EH-kor-ner-mi” dan lain-lain lagi
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita mesti bijak merancang kewangan.
Bukan “tEH-li-fon”
Dia tidak sempat menjawab panggilan telefon itu.
Bukan “PORH-pu-ler”
Justin Bieber merupakan seorang penyanyi remaja yang semakin popular.
Bukan “Reh-dio”
Saya gemar mengikuti stesen radio Warna dan Ria.
Bukan “soh-shiel-lis-me”
Fahaman Sosialisme adalah berlawanan dengan sistem Kapitalisme.
Bukan “SEH-poi”
Angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa itu telah membuatnya terlena.
Bukan “KORHN-voi”
Konvoi motosikal itu mengiringi pasangan pengantin itu sebelum upacara bersanding.
Bukan “In-dAS-tri”
Singapura berjaya membangunkan industri pelancongan yang cemerlang.
Bukan “Miu-zik”
Saya mendengar muzik untuk menghilangkan rasa penat.
Bukan “pu-teh”
Senyuman lebarnya menampakkan giginya yang putih.
Bukan “Ma-sa-a-lah”
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Bukan “El-berm” atau “El-bum” atau “Al-berm”
Album itu menyimpan banyak gambar kenangan manis.
Bukan “Je-neh-ra-si”
Generasi muda merupakan golongan yang paling kerap melungsuri lelaman Facebook.
Bukan “per-ker”
Dia kurang peka terhadap keadaan sekelilingya kerana terlalu ngantok.